Keputusan Larian SAKTI, 2017 : Pertama, Alfa (456 mata), Kedua, Beta (446 Mata), Ketiga, Sigma (414 Mata) dan Keempat Gama (412 Mata). .......................

 

PIAGAM SAKTI

 

Bahawasanya kami warga Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami bagi

 

Mengiktiraf Hak-Hak Pelanggan:

  • Mendapatkan khidmat pendidikan yang terbaik melalui pengurusan yang cekap, dinamik dan untuk peningkatan yang berterusan.
  • Memberi maklum balas dan penilaian serta mendapat respon positif.

Melalui Kecemerlangan Ilmu

  • Memastikan sikap positif terhadap ilmu dan pengamalannya sepanjang hayat.
  • Menjamin kecemerlangan akademik.
  • Memastikan kesinambungan ilmu dan keintelektualan melalui pembinaan minda.
  • Menyediakan sumber manusia yang berketrampilan dan mempunyai daya saing yang tinggi.
  • Menjamin pembangunan insan seimbang melalui penitisan ilmu bersepadu.
  • Membolehkan bakat-bakat mendapat nilai komersil.
  • Meningkatkan daya imaginasi, kreativiti dan inovasi.

Kemapanan Sahsiah

  • Melahirkan pelajar yang beriman dan bertaqwa.
  • Melahirkan pelajar yang dedikasi, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif.
  • Melahirkan pelajar yang bersyukur dan mengenang budi.
  • Melahirkan pelajar yang penyayang, berbudi bahasa, jujur, amanah dan berhemah tinggi.
  • Melahirkan pelajar yang sentiasa menjiwai kebersihan dan kekemasan.
  • Menyediakan landasan ke arah kejayaan dunia dan akhirat.

Kesejagatan Kepimpinan

  • Melahirkan pemimpin yang tegas, berani, bertoleransi dan bijaksana.
  • Melahirkan pemimpin yang mempunyai visi dan misi yang jelas.
  • Melahirkan pemimpin yang rasional, terbuka dan mengamalkan prinsip musyawarah.
  • Memupuk dan meneguhkan bakat dan daya kendiri ke taraf antarabangsa.

Kejituan Patriotisme

 

  • Membina kesedaran diri sebagai warganegara.
  • Menanam semangat rela berkorban untuk negara.
  • Menyokong merealisasikan dasar-dasar negara.
  • Melahirkan semangat kekitaan, hormat dan kasih sayang tanpa batasan status.
  • Penyatuan matlamat, idea dan amalan ke arah pencapaian wawasan.