Keputusan Larian SAKTI, 2017 : Pertama, Alfa (456 mata), Kedua, Beta (446 Mata), Ketiga, Sigma (414 Mata) dan Keempat Gama (412 Mata). .......................

 

SEJARAH SAKTI

 

Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi (SAKTI), merupakan ahli keluarga Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang ke-34. Terletak di atas satu kawasan seluas 50 ekar, kira-kira 50 kilometer dari bandar Kota Tinggi menghala ke pusat pelancongan Desaru dan 90 km dari Johor Bahru.

Kerja-kerja untuk pengukuran tapak sekolah telah dimulakan pada bulan Februari 1994. Pada bulan Mac tahun yang sama kerja-kerja meratakan tapak telah dijalankan.  Pada bulan Mei 1994 dimulakan kerja-kerja membina bangunan. Bangunan yang mula-mula didirikan ialah empat blok asrama empat tingkat setiap satu. Dua blok untuk Asrama Putera dan dua blok untuk Asrama Puteri, kemudian diikuti pula dengan pembinaan dewan makan, surau, blok pentadbiran dan akademik, dewan, rumah kediaman dan sebagainya.

Keseluruhan projek telah dapat disiapkan pada bulan Julai 1996. Kerja-kerja pembinaan mengambil masa dua tahun dua bulan. Majlis penyerahan Bangunan SAKTI kepada Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Jabatan Pelajaran Johor oleh JKR KEJORA telah dilangsungkan pada Ogos 1996. Kumpulan pertama pelajar tingkatan satu seramai 179 orang telah melapor diri pada 12 Ogos 1996.