You are here
Home > Pentadbiran > Akademik > Tiada lagi pengasingan kelas pada 2019 – Utusan

Tiada lagi pengasingan kelas pada 2019 – Utusan

SEREMBAN 28 Dis. – Ke­men­terian Pendidikan mahu amalan pengasingan kelas me­­ngikut tahap pe­nguasaan akademik murid dan sekolah kawalan dihen­tikan, manakala kaedah pe­ngasingan rasmi seper­ti Ujian Kemasukan Ta­hun Sa­tu juga perlu diman­suhkan sepenuhnya bermula 2019.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin berkata, amalan berkenaan bukan dasar pendidikan namun dilakukan pihak sekolah bagi meningkatkan pencapaian akademik mengikut Gred Purata Sekolah (GPS).

“Sebelum ini, GPS dijadikan sebagai petunjuk prestasi utama (KPI) namun selaras Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) dilaksanakan tahun ini, sekolah tidak lagi perlu mengejar GPS kerana kita mahu murid dididik secara holistik dan tidak mementingkan pencapaian akademik semata-mata.

“Justeru tiada lagi keperluan untuk sekolah mengasingkan mu­rid mengikut tahap akademik sebaliknya menggalakkan semua pelajar yang mempunyai tahap penguasaan akademik dan kele­bihan berbeza dicampurkan supaya da­pat saling membantu,” katanya.

Sambil tidak menolak sehingga kini masih ada sekolah mengamalkan pengasingan kelas, namun seiring perubahan katanya, amalan ber­kenaan perlu dihentikan menje­lang sesi persekolahan 2019 seiring pelaksanaan PPSR.

Beliau turut meminta Jabatan Pelajaran Nege­ri yang mewujudkan sekolah kawalan menerusi pemilihan murid berdasarkan pencapaian sukan, akademik dan disiplin turut dihentikan segera kerana tidak termaktub dalam dasar pendidikan negara.

Katanya, kementerian ti­dak menggalakkan amalan tersebut kerana menyebabkan ada murid terpaksa ke sekolah yang lebih jauh kerana tidak diterima di sekolah berhampiran kawasan perumahan mereka.

“Kementerian Pendidikan ju­­ga tidak bercadang mengeluarkan pekeliling berhubung semua amalan lama berkenaan, namun berharap pentadbir sekolah memahami perubahan yang sedang dilaksanakan kementerian dan menerapkan amalan yang se­­i­ring dasar pendidikan negara,” ujarnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tiada-lagi-pengasingan-kelas-pada-2019-1.581194#ixzz52kdcEq7l

Leave a Reply

Top