You are here
Home > Aktiviti > Program Pengantarabangsaan Pelajar Korea – SAKTI

Program Pengantarabangsaan Pelajar Korea – SAKTI

14 Januari 2016 – Sekumpulan pelajar dari negara Korea telah membuat lawatan selama dua hari, dalam rangka program pengantarabansaan ke SM Sains Kota Tinggi. Dua buah sekolah dari Korea Selatan terlibat iaitu Iribuk Middle School dan Bukil Primary School. Pelajar yang menggikuti rombongan tersebut berusia antara 10 hingga 16 tahun. Mereka tiba pada 3.30 petang, di sambut meriah oleh beberapa orang guru dan sekumpulan pelajar SAKTI . Majlis sambutan telah diadakan di Dewan Seri Penawar. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan, sesi perkenalan, aktiviti di dalam kumpulan dan sesi bergambar. Pada Hari kedua pula bermula jam 9.00 pagi, rombongan pelajar dari Korea tersebut telah dibawa melawat ke sekitar asrama dan kemudian pelajar dari kedua-dua buah negara mengecat sekitar asrama, mengikuti aktiviti permainan dan sesi bergambar. Semoga hubungan kedua-dua buah negara semakin erat dan bermakna.

Leave a Reply

Top