Pentadbiran SAKTI

Mengenali kami sebagai salah satu SBP terbaik di Malaysia


 

 

 

Profil SAKTI

Ketahui latar belakang SAKTI yang dicintai 


 

 

 

Kenali SAKTI

Mengenali kami sebagai salah satu SBP terbaik di Malaysia


 

 

 

Kenali SAKTI

Mengenali kami sebagai salah satu SBP terbaik di Malaysia


 

 

Sejarah SAKTI

 

Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi (SAKTI), merupakan ahli keluarga Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang ke-34. Terletak di atas satu kawasan seluas 50 ekar, kira-kira 50 kilometer dari bandar Kota Tinggi menghala ke pusat pelancongan Desaru dan 90 km dari Johor Bahru.

Kerja-kerja untuk pengukuran tapak sekolah telah dimulakan pada bulan Februari 1994. Pada bulan Mac tahun yang sama kerja-kerja meratakan tapak telah dijalankan. Pada bulan Mei 1994 dimulakan kerja-kerja membina bangunan. Bangunan yang mula-mula didirikan ialah empat blok asrama empat tingkat setiap satu. Dua blok untuk Asrama Putera dan dua blok untuk Asrama Puteri, kemudian diikuti pula dengan pembinaan dewan makan, surau, blok pentadbiran dan akademik, dewan, rumah kediaman dan sebagainya.Keseluruhan projek telah dapat disiapkan pada bulan Julai 1996. Kerja-kerja pembinaan mengambil masa dua tahun dua bulan. Majlis penyerahan Bangunan SAKTI kepada Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Jabatan Pelajaran Johor oleh JKR KEJORA telah dilangsungkan pada Ogos 1996. Kumpulan pertama pelajar tingkatan satu seramai 179 orang telah melapor diri pada 12 Ogos 1996.

Penafian

Setiap maklumat yang terkandung di laman web ini adalah tepat dan terkini sehingga tarikh disiarkan. Walau bagaimanapun, maklumat yang didapati di laman ini boleh diubah, disunting atau ditarik semula dari semasa ke semasa dan pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti berkenaan ketepatan maklumat yang dipaparkan. Pihak kami berhak membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis
© 2018 SAKTI. All Rights Reserved. Designed By BER5664

Please publish modules in offcanvas position.