SEJARAH
SM SAINS KOTA TINGGI
Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi (SAKTI), merupakan ahli keluarga Sekolah
Berasrama Penuh (SBP) yang ke-34. Terletak di atas satu kawasan seluas 50 ekar,
kira-kira 50 kilometer dari bandar Kota Tinggi menghala ke pusat pelancongan
Desaru dan 90 km dari Johor Bahru.
Kerja-kerja untuk pengukuran tapak sekolah telah dimulakan pada bulan
Februari 1994. Pada bulan Mac tahun yang sama kerja-kerja meratakan tapak telah
dijalankan. Pada bulan Mei 1994 dimulakan kerja-kerja membina bangunan.
Bangunan yang mula-mula didirikan ialah empat blok asrama empat tingkat setiap
satu. Dua blok untuk Asrama Putera dan dua blok untuk Asrama Puteri, kemudian
diikuti pula dengan pembinaan dewan makan, surau, blok pentadbiran dan
akademik, dewan, rumah kediaman dan sebagainya.
Keseluruhan projek telah dapat disiapkan pada bulan Julai 1996. Kerja-kerja
pembinaan mengambil masa dua tahun dua bulan. Majlis penyerahan Bangunan SAKTI
kepada Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Jabatan Pelajaran Johor oleh JKR
KEJORA telah dilangsungkan pada Ogos 1996. Kumpulan pertama pelajar tingkatan
satu seramai 179 orang telah melapor diri pada 12 Ogos 1996.
HURUF ‘SMS’
Digubah dalam bentuk kelalang, merupakan identiti SAKTI. Warna merah yang digunakan menunjukkan bahawa warga SAKTI terdiri daripada warga sekolah yang berani, proaktif, berketerampilan dan cemerlang dari segi sahsiah dan akademik berteraskan sains dan teknologi.
GABUNGAN
BUKU, RODA TEKNOLOGI, GLOB DAN MATA PENA
Melambangkan
terdapatnya kesepaduan unsur-unsur penting dalam usaha mencapai kecemerlangan
hidup warga SAKTI. Unsur-unsur tersebut ialah:-
1)
Buku Berwarna Hijau dan Putih
Menjadi dasar utama
lencana yang menunjukkan bahawa proses menuntut ilmu sentiasa subur dan
berkembang sejajar dengan kemurnian dan kemuliaan ilmu dalam kehidupan
seseorang.
ii)
Roda Teknologi Berwarna Biru
Mewakili warga pendidik
SAKTI yang sentiasa berusaha dengan penuh dedikasi dalam menyampaikan amanah
ilmu secara menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta
prihatin terhadap rekayasa demi kecemerlangan pelajar sesuai dengan konsep guru
umpama penyuluh yang memberi cahaya.
iii)
Glob Berwarna Biru
SAKTI menjadi wadah
kepada sistem pendidikan bertaraf dunia dan ilmu yang diperolehi oleh setiap warga
SAKTI dikembangbiakkan bagi faedah dan kepentingan manusia sejagat.
iv)
Mata Pena
Penyalur maklumat yang
terpenting dalam proses mencari dan memberi ilmu pengetahuan.
Grafik : En Mazlan A. Karim
Warna Biru dan Putih
Empat
belang warna biru dan putih mewakili warga SAKTI yang mendukung empat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan iaitu sentiasa berusaha dengan penuh dedikasi dalam
menyampaikan amanah ilmu secara menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek (JERI).
Warna
biru melambangkan semangat bekerjasama dan bersatu padu yang diamalkan oleh
warga SAKTI. Warna putih pula lambang kesucian dan keikhlasan warga SAKTI
berusaha kerana agama, bangsa dan negara.
Warna Kuning
Warna
kuning yang menjadi latar logo sekolah melambangkan semangat patriotisme dan
kesetiaan kepada raja, perlembagaan dan negara Malaysia.
Ciptaan: En Mazlan A. Karim